Cerita ini adalah benar dari seorang pemuda yang berkongsi kisah hidupnya yang penuh dugaan dan cabaran dalam melalui perjalanan hidup yang mencabar ini.kisah ini bermula apabila pemuda ini dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.biarlah saya namakan pemuda ini sebagai syam.
Cerita ini bermula apabila kehidupan syam selepas tamat peperiksaan SPM.,semoga terhibur..
Pengenalan.....=)
Mak,ada surat tak sampai dekat rumah dari uitm?tanya syam pada maknya.maknya pun menjawab,belum lagi syam,nanti ada la rezeki kau 2,sabar jelah dulu.terdiam syam di depan rumah sambil merenung masa depannya yang dia rasakan semakin gelap dan tiada penghujungnya.manakan tidak,dia dulu adalah pelajar yang rajin,tapi dia selalu menyertai rakan-rakan yang jahat dan melakukan vandalisme.syam tersentak apabila terdengar bunyi deruman motor ayahnya,die begitu takut akan ayahnya,jadi dia bergegas ke dapur mencari maknya,sebelum ini,dia bekerja sebagai pembantu pam di stesen minyak dekat rumahnya,dah bermacam2 kerja yang die dah buat,mencuci kereta,kerja di kedai makan,dan fast food.maknya senyum apabila syam bergegas ke dapur sebab die tahu yang anaknya begitu takut akan ayahnya yang garang,pernah sekali ayahnya memukul syam dengan sebatang buluh yang panjangnya lebih dari 3 meter dan sebesar segengam tangan apabila memegangnya.ayahnya bekerja sebagai ahli bomba selama 22 tahun,ternampak uban di kepala ayahnya yang semakin hari semakin putih,tapi ayahnya mementingkn kekemasan,tiada janggut atau misai di balik muka ayahnya.ayahnya bertanya pada syam,Syam,ko nie dah solat asar ke lum?terus syam menjawab,belum lagi ayah,tengah makan kejap nie,tiba-tiba ayahnya terus memekik kepada syam,Ko nie nak jadi ape ha,lengah2kan solat,cepat selesaikan solat tu,ko tahu tak beza antara islam dengan kafir tu adalah solat?terdiam seketika syam,die pn terus bergegas ke dalam bilik air dan terus mengambil wuduk.maknya yang kira-kira dalam umur 45an terus membasuh kuali dan pinggan mangkuk,maknya tahu yang ayahnya akan memarahi syam apabila ayahnya mengetahui syam belum lagi bersembahyang.syam bergegas keluar dari bilik air dan terus naik ke atas,ayahnya Cuma memerhati sambil menonton televisyen,ayahnya bertanya kepada syam,Syam,ko nie tak boleh solat dekat bawah ke?Syam pun menjawab,ala,solat mana-mana pun boleh ayah.Ayahnya Cuma berdengus seketika,syam memang selalu menbangkang kata-kata dari keluarganya,sebab dia ingat dia sajalah yang betul.pada keesokkan harinya,pada waktu pagi yang dingin,dia bangun untuk pergi kerja pada hari ini,dari bawah,tercium bau kuih dan lempeng yang maknya baru siap dimasak,ayahnya pula sudah pergi ke masjid untuk solat subuh di masjid,kakaknya pula sudah siap di bawah untuk menolong maknya menyiapkn sarapan pagi,maknya memanggil,Syam,bangun,pergi mandi dan solat,nanti ayah ko marah lak ko tak solat lagi.bukan main marah lagi syam,die pun menekup mukanya dengan bantal,tapi apabila memikirkan tentang ayahnya dan sebatang buluh yang pernah menghingap di badanya,dia terus bangun dan pergi ke bilik air.selepas mandi,ayahnya muncul didepan pintu dengan berpakaian kain pelikat dan baju melayu berwarna putih,ayahnya memerhatikan syam dari jauh,bukan main berdebar lagi syam pada saat itu,jadi die meluru terus ke atas untuk bersiap pergi ke kerja.tepat pada pukul 7,syam,ayahnya dan kakak pergi ke tempat kerja masing-masing,kakaknya bekerja sebagai guru di sekolah menengah terletak agak jauh dari rumahnya,terdengar bunyi kereta dan motor ayahnya yang kelihatan agak using dan lama.syam pergi ke tempat kerja menaiki basikal,apabila sampai di tempat kerja,syam dan kawan-kawanya akan menaiki kereta bosnya untuk pergi ke tempat kerja yang terletak jauh dari rumahnya,begitulah rutin harian syam selepas tamat peperiksaan SPM yang telah berlalu 4 bulan yang lalu.
(bahagian 2 akan menyusul) =)
Ape2 feedback boleh ditulis di bawah..=)
0 comments:
Post a Comment